Berdasarkan Kajian Pengguna Internet MCMC 2016

Berdasarkan Kajian Pengguna Internet MCMC 2016, golongan yang masih bersekolah menghabiskan sebanyak 20.9 jam seminggu dalam talian secara purata. Sudah terang lagi bersuluh, media massa telah memainkan peranan dominen dalam kehidupan harian kita pada zaman berteknologi ini. Kita boleh memperoleh maklumat dengan mudah melalui internet, televisyen, telefon pintar dan media massa lain yang canggih. Namun begitu, media massa menjadi faktor amalan jahiliyah moden kerana terdapat paparan video, artikel dan berita yang tidak sihat melalui Facebook, Twitter, Google, Wechat dan sebagainya. Masyarakat yang berfikiran kurang sihat mudah akses kepada maklumat-maklumat yang boleh menjurus ke arah pemikiran negatif. Mereka terlibat jenayah seperti perlakuan seks bebas, peras ugut pelajar, ponteng sekolah dan minum arak adalah antara fenomena jahiliyah moden di mana mereka dipengaruhi oleh paparan-paparan tersebut dan ingin tahu dan cuba sendiri. Selain itu, menurut Pengerusi Persidangan Persatuan Ketagihan Internet Antarabangsa (ISIA) 2016 dan Pakar Perunding Psikiatri Kanak-kanak dan Remaja, Dr. Norharlina Bahar, penggunaan Internet secara berlebihan boleh membawa kepada kegagalan menjalankan rutin seharian. Ketagihan internet akan menyebabkan mereka tidak mahu menjalankan tanggungjawab mereka yang sepatutnya. Contohnya, tidak mahu pergi ke kelas, tidak melaksanakan tanggungjawab di rumah dan tempat pembelajaran, serta tidak turut serta dalam aktiviti sosial. Hal ini menyebabkan mereka mengabaikan pelajaran malah kurang kemahiran berkomunikasi dengan orang lain.

x

Hi!
I'm Casey!

Would you like to get a custom essay? How about receiving a customized one?

Check it out